MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

    Pada 21 September 2022 telah diadakan Majlis Penutupan Rasmi Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-65 di Dewan Ibnu Rusyd, KT6 Pontian. Majlis berlangsung dari jam 2.00 hingga 3. 30 Petang. Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Abdul Rahman bin Mohd. Nor Pengetua Cemerelang Gred Utama C KT6 Pontian.  

    Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang dalam pelbagai pertandingan yang telah dibuat sepanjang bulan kemerdekaan. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah pertandingan melukis, sudut kemerdekaan dalam kelas, pertandingan mencipta sajak, pertandingan pengucapan awam dan penerbitan video pendek 'Jiwa Merdeka' Selain itu, terdapat persembahan daripada pelajar iaitu gimik penutupan,  tayangan video, deklamasi sajak, dan koir lagu patriotik. Majlis ini anjuran Rumah Sukan Burhanuddin Helmi. 
Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.