Wakil KTE Pontian ke Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) 2024 Peringkat Negeri Johor

29 Oktober 2024. Kolej Tingkatan Enam Pontian diwakili oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Zaidi Bin Ahmad dan Cg. Anuar Kamarudin telah menghadiri Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) 2024 Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Toppen Shoping Center, Johor Bahru. KTE Pontian memenangi tempat ketiga dalam katagori utama. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah ini bertujuan untuk menghargai usaha sekolah-sekolah yang telah menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah (PerKISS) 2024 peringkat negeri Johor. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam amalan kitar semula di kalangan pelajar, guru, dan masyarakat sekolah








Share:

CABARAN REKABENTUK JAMBATAN (CRJ) 2024

Pada 25 dan 26 Oktober 2024 telah berlangsung Cabaran Rekabentuk Jambatan (CRJ) tahun 2024 anjuran Kolej Matrikulasi Peringkat Kebangsaan. Pihak Kolej Tingkatan Enam Pontian telah menghantar satu penyertaan dalam kategori Rekebentuk Jambatan Lidi dan Rekabentuk Jambatan 3D Eko-terarium.

Kolej Tingkatan Enam Pontian telah mendapat Pingat Emas bagi Kategori Rekebentuk Jambatan Lidi dengan nilai kecekapan 229.5 menampung berat sebanyak 48.8 kg .

Manakala bagi cabaran Rekabentuk Jambatan 3D Eko-terarium pula KTEP mendapat tempat kedua atau pingat Gangsa  bagi kategori rekebentuk jambatan 3D serta pingat Gangsa dalam kategori Eko-terarium.

Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru pengiring yang terlibat dalam pertandingan ini.









Share:

Pengakap KTE Pontian ke Kem Pengakap "Johor Rovers Vigil : Conquering the Fear"

 24-26 Oktober/2024. Pasukan Pengakap Kelana Kolej Tingkatan Enam Pontian  beserta guru pengiring  telah menyertai Program : kem pengakap "Johor Rovers Vigil : Conquering the Fear"  di  Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru, Johor. 











Share:

KTE Pontian Turut Serta Dalam Sambutan Hari Kesihatan Mental Pringkat Daerah 2024

 24 Oktober 2024 . Wakil pelajar dan guru KTE Pontian telah turut serta dalam Program Sambutan Hari Kesihatan Mental Pringkat Daerah Pontian 2024. Antara acara yang disertai adalah Fun Walk 4km sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Pringkat Daerah 2024. Unit UBK telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Sudut Kesihatan Mental, manakala Nuralisya Batasya Tahir nenjadi naib johan Pertandingan Mental Helth Tik Tok Chakkenge.. Tahniah...








Share:

Program My18 Jabatan Pendaftaran Negara

23 Oktober 2024, Program My18 Jabatan Pendaftaran Negara, bagi penukaran Kad Pengenalan kanak-kanak kepada kad pengenalan dewasa telah dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Pontian. Semua pelajar beserta beberapa pelanggan Jabatan Pendaftaran Negara dari luar turut sama mengambil kesempatan menukar kad pengenalan baharu dengan segera. Majlis perasmian penutup turut dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah: Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Salleh.











Share:

Konvensyen Pemerkasaan Wanita,Keluarga& Masyarakat Peringkat Negeri Johor.

21 Oktober 2024. Seramai 60 Orang pelajar berserta guru pengiring telah turut serta dalam Konvensyen Pemerkasaan Wanita,Keluarga& Masyarakat Peringkat Negeri Johor. Program diadakan di Kompleks Educity, Iskandar Puteri. Wakil pelajar terdiri dari pelajar Semester 1 kesal S2, S3, S4 dan S7.







Share:

Sudut Kesihatan Mental (UBK) Kolej Tingkatan Enam Pontian

 20 Oktober 2024,  Penjurian daripada Pejabat Kesihatan Pontian diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Rizal Bin Mohd Yunus bagi menilai Sudut Kesihatan Mental di (UBK) Koleh Tingkatan Enam Pontian







Share:

Perhimpunan Kokurikulum Bulanan (Oktober)

20 Oktober 2024 : Perhimpunan Kokurikulum Bulanan bagi bulan Oktober telah dilaksanakan bertempat di Dewan Al-Farabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Perhimpunan di bawah kendalian Unit Beruniform Kadet APM (BRAVO) dimulai dengan nyanian lagu Bangsa Johor, Lagu Kolej, Bacaan Doa dan Ikrar Rukun Negara. Ia diikuti ucapan oleh Tn. Hj. Zaidi Bin Ahmad, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Pontian. Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil pencapaian pelajar. Majlis diakhiri dengan nyanian lagu Negaraku.













Share:

Pemberitahuan

Tahniah di ucapkan kepada semua pelajar STPM 2024 atas kejayaan cemerlang anda

Kategori

MISI

Melestari sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangun potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

VISI

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera.