Mesyuarat PIBG kali pertama SMK Seri Bandar Pontian tahun 2014

Pada 16 Ogos 2014 iaitu pada hari Sabtu, mesyuarat agung PIBG SMK Seri Bandar Pontian yang pertama telah dijalankan dan dirasmikan  oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian. Lawatan beliau untuk merasmikan penutup ini adalah bagi menyokong dan memberi semangat kepada PIBG yang baru ditubuhkan ini demi bersama-sama membangunkan sekolah tingkatan 6 yang pertama di Negeri Johor ini.
Beliau menegaskan bahawa nilai-nilai perpaduan perlu diterapkan di kalangan pelajar-pelajar supaya dapat menyediakan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dalam segala segi pada masa akan datang.


























Share: