MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2016.

28 Februari 2017, Tahniah diucapkan kepada warga Kolej Tingkatan Enam Pontian di atas kejayaan cemerlang dalam keputusan STPM 2016 yang diumumkan pada hari ini.
Kolej Tingkatan Enam telah mencatatkan peningkatan keputusan PNGK keseluruhan dengan PNGK 2.96 dengan peratus kelulusan 100% berserta 5 orang pelajar cemerlang PNGK 4.00 dan seorang pelajar menerima anugerah peringkat kebangsaan (kategori OKU).
Turut membanggakan juga, seramai 73 orang pelajar telah mendapat PNGK 3.00 dan ke atas. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6%  berbanding tahun 2015 .
5 pelajar cemerlang tersebut ialah  Fatin Farhanah binti Tisna Baharudin, Nurhanisa binti Kamarul Azali, Toh Wei Liang, Evelyn Tan Ee Ling, Lee Li Shuang manakala penerima anugerah pelajar terbaik peringkat kebangsaan (kategori OKU) Lim Xin Huo.














5 pelajar cemerlang dengan PNGK 4.00











Share: