PERKHEMAHAN PENGAKAP KELANA LAUT





3-5 MAC 2018 : Ahli Platun Kelab Kelana Laut telah mengikuti perkhemahan Pengakap Kelana Daerah Pontian di padang SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas. Perkhemahan berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu dari 3-5 Mac 2018. Seramai 185 peserta daripada 3 sekolah yang menyertai perkhemahan ini iaitu SMK Sri Kukup, Kolej Tingkatan Enam Pontian, SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman. Kolej telah mengahntar seramai 18 orang peserta. 

Pelbagai ilmu kemahiran pengakap telah diaplikasikan. Antaranya ialah pembinaan gadjet, orienteering atau pengagakan, dan ikhtiar hidup (masak nasi dan ayam dalam buluh). Pada hari akhir perkhemahan telah diadakan istiadat pemakaian epolet Kelana dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Tuan Hj Yaakob bin A.Karim. Setiap peserta berjaya mendapatkan lencana kemahiran tinggi sebagai salah satu syarat Pengakap Kelana untuk mendapatkan Rambu Kelana.

HARI PERTAMA (3 MAC 2018)






















HARI KEDUA (4 MAC 2018)
















HARI KETIGA (5 MAC 2018)
























Share: