Majlis Pemuafakatan KPM & PDRM :PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019

18 FEBRUARI 2019 : Majlis Pemuafakatan KPM & PDRM : Program Jom ke Sekolah telah diadakan di Dewan Al-Farabi, Kolej Tingkatan Enam Pontian. Majlis ini berlangsung dari jam 7:40 pagi hingga jam 9:00 pagi. 

           Majlis ini merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Majlis ini dilancarkan secara serentak di seluruh negara dalam usaha menangani permaslahan disiplin dan slah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. 

Objektif Program ini adalah untuk : 
  1. Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dengan pihak PPS. 
  2. Membantu mecegah salah laku disiplin pelajar murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahiundang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah. 
  3. Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisan kepada warga sekolah dan ibu bapa. 
















Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.