KARNIVAL KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

16-18 JUN 2019 : Karnival Kokurikulum Tingkatan Enam Pontian peringkat negeri Johor telah diadakan di Kem Tasek Utara, Pusat Kokurikulum Johor, JPNJ. KT6 Pontian telah menghantar 4 orang peserta (2 lelaki dan 2 perempuan) dan 3 orang urusetia. 

Antara program yang dipertandingkan ialah wall climbing, sukan rakyat (kasut tempurung, lari dalam guni, musang berjanggut dan tuju selipar), Public speaking, malam ceritera dan orientering. 

Objektig program ini ialah : 

1. menjalinkan hubungan antara pelajar Tingkatan 6 yang terlibat seluruh Johor. 
2. mendedahkan pelajar dengan alam sekitar dan pembelajaran luar kelas bagi menggalakkan                  pemikiran yang lebih realistik dan berdaya saing. 
3. menimba pengalaman dalam melaksanakan aktiviti-aktivit lasak dan menyemai semangat                    berpasukan dalam kalangan pelajar.
4. memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat kepimpinan menerusi aktiviti                    berkumpulan. 
5. memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada di        pentas pertandingan. 






























Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.