PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-62 (SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH)

26 OGOS 2019 : Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-62 telah diadakan di Dean Al-Farabi KT6 Pontian dari jam 2.00 -3.20 petang. Turut hadir ialah Tn Hj Abdul Rahim bin Pidek , YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan pergerakan tetamu dan guru masuk ke dewan, nyanyian lagu Bnagsa Johor, bacaan doa, ucapan Tn Pengetua iaitu Cikgu Mastura Aladdin bin Masro, gimik pelancaran, persembahan pelajar, nyanyian 3 lagu patriotik ( Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 Ogos), nyanyian Lagu Negaraku dan majlis bersurai. 

Objektif  Program : 
  • Memupuk dna menyemarakan semangat patriotism dalam jiwa pelajar kolej supaya terus kekal sehingga dewasa.
  • mencetuskan dan menyemarakan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan. 
  • mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum. 
  • menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka sempena menjalankan program ini. 























Share:

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.